XPDC Turkey Summer 2007


6.15 petang, 7 Jun 2007
Semua peserta XPDC Turkey telah berkumpul di Shariq Jamiah Urduniah Amman. 'team kembara' ke Turkey yang disertai seramai 25 orang pelajar dan seorang pegawai Diplomat di kepalai oleh ust hazimin aka abg g-men.

6.00 pagi 8 Jun
Kami tiba di Bab Hawa iaitu pusat Imigresen negara Syria untuk ke sempadan negara Turki di Cilvegozu. Urusan di Border Bab Al-Hawa cukup lembab. Sungguh menyakitkan hati. Pegawai berbintang 3 yang 'cuba' menyelesaikan pasport kami sebanyak 27 buah tu mengambil masa 2 jam dengan keadaan kaunter tidaklah sibuk. Hanya pasport kami yang ada pada ketika itu.

Apapun sabarlah time tue. Nak buat camana. bayangkan kalau ada 5 bas kat situ, dengan setiap satu bas ada 30 orang, sudah 150 orang. Kemudian untuk setiap bas dia ambil masa 2 jam untuk siapkan dan bas aku kena giliran yang terakhir. Bukan ke 10 jam kitorang terpaksa menunggu?

Urusan di Cilvegozu (Imigresen Turki) tersusun dan pantas. Kurang dari 30 minit semua pasport sudah bercop masuk ke negara Turki. Alhamdulillah. kami membayangkan pada ketika itu urusan akan menjadi cepat. Namun, bermulalah kisah pak arab driver (Abu Udai) dengan masalah-masalah yang dihadapinya yang telah melewatkan perjalanan masuk ke Turki hampir 3 jam.

1. Urusan mendapatkan insurans kendearaan yang lewat. (Taukey syarikat bas kata dorang ada Ta'min Syamil (Insurans Penuh). Insurans penuh ni memudahkan bas masuk ke Turki tanpa mengambil masa yang lama di sempadan. Rupanya dorang masih tidak ada insurans bas untuk masuk ke Turki dan perlu ambil di sempadan)

2. Masalah nama bas yang sama dengan satu syarikat bas di Turki. Syarikat bas yang kitorang naik ni bernama Nur. Dan ada sebuah syarikat bas di Turki bernama Nur Hatay. Ada masalah 'kefahaman' pegawai Imigresen yang menyatakan bas ni adalah sama syarikat dengan bas Nur Hatay. Kena buat beberapa urusan di pejabat utama Imigresen ,Abu Udai dan PA dia yang settlekan).

3. Nak seludup Disel.Punyalah bangang nak seludup disel ke Turki. Mestilah kastam cek. Tahulah disel kat Turki mahal, kalau nak seludup masuk pun biarlah setong dua sahaja. Ni sampai 11 tong..kah kah kah. Hampir 400 Liter lebih jumlah disel kesemuanya yang menyebabkan Abu Udai kerugian hampir USD 900 di Turki. (Jika minyak tue lepas, dia jimat dalam USD 900 tak perlu isi minyak di stesyen minyak Turki). Seliter Disel di Turki harganya USD 2.5 bersamaan dengan RM 8.75! Akhirnya minyak tue dirampas oleh unit askar Turki yang dipertanggungjawab pada asalnya untuk memerangi penyeludupan dadah..(kebetulan masa kastam cek di awal pintu imigresen, ia terlepas). Takda rezeki Abu Udai..

12.05 tengahari bas bergerak menuju ke Antakya..walaupun hampir 6 jam di Border. Fuh,lega kerana telah berjaya masuk ke Turki dan tentatif perjalanan yang telah disusun bakal dijalankan satu persatu.

Antakya-Adana menuju ke Pozanti, Ulukislar dan terus ke Konya.
Disebabkan kelewatan masuk ke Turki pada hari tersebut, tentatif yang pada asalnya ke Adana terpaksa dipinda kehari kelapan dan perjalanan pada hari kedua xpdc terus menuju ke Konya.

Kami semua ahli rombongan tiba di Konya dengan selamat pada jam 7.00 malam. Kami menyewa hotel Ulusan dengan bayaran sekepala 25 YTL semalam. Tiada program lawatan untuk malam itu, semua ahli xpdc keluar untuk makan malam dan menikmati keindahan malam di Masjid Selimiye.

Sabtu 9 Jun.
Seawal pagi setelah sarapan, kami semua memulakan program xpdc Turki dengan melawat Masjid Aladdin Kaykubad yang dibina sekitar tahun 1220. Aladdin Kaykubad merupakan pemerintah Seljuq yang pernah menguasai bandar Konya pada eranya.

Kemudian kami ke Karatay Museum tetapi tutup. Alternatif seterusnya kami telah menziarahi Museum Of Wooden And Stone Carving. Muzium tersebut menempatkan beberapa seni ukiran kayu (kebanyakkannya pintu) pada era kerajaan Uthamaniah dan batu-batu yang diukir dan dipahat untuk dijadikan peralatan pada zaman Rum, Seljuk dan Uthmaniah.

Antaranya seperti batu nisan, bangunan dan lain-lain. Muzium tersebut pada asalnya ialah sebuah madrasah islamiah yang dibina oleh Sahip Ata pada tahun 1264. Menara yang terdapat di Madrasah tersebut telah berusia 600 tahun.

Kenangan di Masjid Aladdin Kaykubad. Di masjid ini turut
ditempatkan Makam Aladdin dan beberapa pemerintah Seljuq yang lain

Menaiki Tramvay dari Zafer ke Seljuk Universiti.
Semua peserta xpdc telah berpakat untuk menaiki Tramvay melihat keadaan bandar Konya. Tramvay telah melalui kawasan-kawasan berikut : Aladdin, Zafer, Fuas, Belediye, Sille Yolu, Emniyet, Kunduracilar, Sanayi, ALT Gecit, Aydanlikevler, Sehitler Camii, Sakarya, Tekniklise, Selcuklu Belediyesi, Koy Hizmetleri, Binkonutlar, Erekaya, Cumhuriyet, Otogar, Medas, Turkmaklisesi, M.T.A, Sudeposu, Sancak, Okul, Buzlukbasi, Kopru, Bosnahersek, Kayalar Camii dan Universiti Seljuk.

Hampir sejam jugak trip menaiki Tramvay. Ramai yang bosan. Dalam kesempatan itu banyak melelapkan mata.

Di Zafer sebelum naik Tram. Ada peserta yang lapar.
Beli Doner dan makan atas Tram :)

Atas Tram. Perjalanan keseluruhan hampir satu jam.
Bermula di Zafer ke Stesyen terakhir iaitu Seljuq Universiti dan kembali ke Alaettin (Aladdin)

Museum Mevlana, Bazaar, Selimiye Camii, Aziziye Camii, Sarafettin Camii & Tarihi Mahkame Hamami
Setelah selesai lunch tengahari tue, kami berkunjung ke Muzium Mevlana yang menempatkan Makam Sultan Seljuk Jalaluddin Ar-Rumi dengan kesan tinggalan harta peribadi semasa hayatnya.

Sultan Jalaluddin Ar-Rumi terkenal sebagai seorang ahli sufi dan menghasilkan beberapa karya agung semasa hayatnya seperti Mathnawi dan Divan el-Kebir. Beliau dilahirkan di Balkh, Afghanistan pada tahun 1207 dan wafat pada 17 Disember 1273.

Kami juga sempat melawat dan melihat kesan tinggalan masjid-masjid lama di Konya. Kekukuhan binaan, kehalusan ukiran masjid tidak dapat dinafikan. Ia sekaligus menunjukkan kehebatan umat Islam pada ketika itu yang tiada tolok bandingnya.

Masjid yang telah dilawati ialah: 1. Masjid Selimiye yang dibina pada era Sultan Selim II sekitar tahun 1567 ketikamana beliau menjadi gabenor Konya. 2. Masjid Aziziye yang dibina semula pada 1875 setelah mengalami kebakaran 3. Masjid Sarafettin yang dibina seawal tahun 1200 dan diubahsuai pada tahun 1636.

Makam Sultan Jalaluddin Ar-Rumi. Pemerintah Seljuq

Bergambar kenangan di Sarafettin Camii sebelum bertolak ke Ankara

Konya menuju ke Ankara
Perjalanan Konya ke Ankara sejauh 258 Kilometer memakan masa perjalanan hampir 3 jam. Kami tiba di Ankara dan terus ke Cankaya yang menempatkan Menara ATA (ATAKULE) merupakan menara tertinggi di Turki (120m). Dari puncak menara kami dapat melihat pemandangan bandar Ankara di waktu malam.

12.00 malam- kami dinner di atas bas dan perjalanan sejauh 454 kilometer kami telah harungi dari Ankara menuju ke Istanbul.
** ust Zaid tiba di Ankara aka partner ust gmen

Ahad 10 Jun

Mavi Guesthouse. Tempat penginapan kami
selama 3 hari 2 malam di Istanbul

Tiba di Istanbul pada jam 8.30 pagi. Semua peserta xpdc kelihatan ceria walaupun agak keletihan. Tambahan pula tempat parking bas agak jauh dari kawasan Sultan Ahmet. Semua terpaksa menapak menuju ke kawasan Sultan Ahmet yang menempatkan Masjid Biru, Aya Sofya dan Topkapi Museum.

Masjid Biru yang tiada tolok bandingnya telah dibina oleh Mehmet Aga dengan kehebatan senibina yang cukup menakjubkan. Ruang solat masjid yang begitu luas dan masjid ini mempunyai 260 buah tingkap dengan 6 tiang menara.

Aya Sofya pula merupakan gereja Justinian yang telah ditukarkan menjadi masjid oleh Huseyn Aga sekitar tahun 1500 dan kini telah dijadikan muzium.

Setelah selesai melawat Topkapi Muzium, para peserta xpdc melepak di Gulhane Park sambil makan jagung bakar. (Boring tunggu bas untuk ke hotel). Selepas check-in di Mavi Guesthouse, semua bersiap untuk ke Eminonue. Di Eminonue peserta xpdc menikmati kesedapan sandwich ikan sambil menunggu feri untuk ke Kadakoy.

Feri melalui selat Bosphorus menuju ke Haydarpasa dan terus ke Kadakoy. Semua bergambar kenangan di monumen Attaturk di Kadakoy dan seterusnya menaiki minibus dari Kadakoy menuju ke Taksim. Kadakoy merupakan bandar di Istanbul Asia dan Taksim berada di dalam Istanbul Eropah.

** Ada kisah lucu kat Kadakoy. Dalam perjalanan nak ke Minibus untuk ke Taksim di pertengahan jalan ada penjual kupah/lokan yang di dalamnya telah dimasukkan nasi. ust Zaid berhenti di tempat tersebut dan mamat turki tue pun bagila rasa kupah+nasi tue. Kemudian datanglah peserta lain berhenti di tempat tue (jakun semua tengok kupah tue barangkali). Kemudian ada gakla nak merasa 'menatang' tue. Pehtue semua pakat blah. Laju-laju lak langkah tue.........


Bergambar kenangan di Sultanahmet Park. Berhadapan
Blue Mosque dan Aya Sofya

Haydarpasa. Stesyen keretapi lama di akhir zaman
pemerintahan Turki Uthamaniah. Feri dari Eminonue berhenti di sini
sebelum bertolak ke Kadakoy

Kenangan di Kadakoy

inside Aya Sofia


tram in Istanbul

chay! chay! (chay=shai=tea=teh)

Hagia Sofea

Blue Mosque
Masjid Biru


Isnin 11 Jun
Pagi hari kedua di Istanbul kami semua menziarahi Makam Sultan Ahmet, Hippodrome, Makam Sultan Mahmud, Sulaymaniye Camii, Eminonue Yeni Camii, Dolmabahce Palace dan membeli belah di Kapili Carsi.

Sejarah lokasi sejarah yang telah dilawati

1. Makam Sultan Ahmet.
Terletak berhampiran Masjid Biru beliau meninggal dunia dalam usia yang muda iaitu ketika berumur 27 tahun. Di makam tersebut turut ditempatkan lagi makam beberapa lagi pemerintah era Uthamaniah.

2. Sulaymaniye Camii
Terletak berhampiran Beyazit. 300 meter dari Grand Bazaar Istanbul. Masjid ini turut menempatkan Makam Sultan Sulaiman. Sultan Sulaiman terkenal dengan kekayaan, kehebatan sebagai panglima sehingga beliau pernah digelar Sulaiman The Magnificent.

Beliau lahir pada 1520 dan wafat pada 1566. Masjid ini merupakan hasil tangan arkitek terkenal iaitu Mimar Sinan yang turut membina Masjid Selimiye di bandar Edirne.

3. Eminonue Yeni Camii
Salah satu masjid yang berusia 400 tahun di Istanbul di panggil masjid baru (Yeni bermaksud baru). Terletak berhampiran Golden Horn dan berdekatan Jambatan Galata yang menghubungkan Karakoy dan Eminonue. Dibina sejak tahun 1597 dan siap pada 1663 selepas 6 zaman sultan berlalu.

4. Dolmabahce Palace
Istana ini siap dibina pada 1856. Terletak berhampiran Kabatas dan merupakan Istana yang menggabungkan ciri-ciri binaan Uthamaniah dan Eropah. Sultan Abdul Majid telah memerintahkan 2 orang arkitek untuk membina istana ini iaitu Nikogos dan Garabed Balyan. Binaan istana ini sangat hebat. Penjahanam sistem khilafah yang juga anjing yahudi Mustafa Kamal Attaturk telah mati di istana ini pada 10 November 1938.

5. Hippodrome
Terletak berhampiran Masjid Biru. Merupakan pusat kerajaan Byzantium ketika era pemerintahannya. Terdapat dua tiang yang dikenali sebagai obelisk di datarannya. ketika era Uthamniah, kawasan ini turut dijadikan pusat dan medan aktiviti. Ketika ini dikenali sebagai Atmeydani.


Masjid Sultan Sulaiman berdekatan Beyazit

Kawasan Hippodrome

Selasa 12 Jun
9 pagi semua peserta telah berkumpul untuk breakfast di Mavi Guesthouse. Program pagi itu bebas dan terdapat peserta yang ingin melawat Aya Sofya. 6 orang peserta melawat Aya Sofya untuk melihat kehebatan binaan Justinian yang pada asalnya adalah gereja kemudian ditukarkan menjadi masjid ketika era Islam.

Peserta lain ada yang menaiki kereta kuda di sekitar Sultanahmet. Rata-rata peserta membeli souvenir berupa poskad dan replika mini lokasi sejarah Istanbul. 12.00 tengahari semua peserta sudah berkumpul dengan beg masing-masing di tepi jalan untuk menunggu bas tiba.

Bas problem nak masuk ke kawasan hotel kerana jalan agak sesak. Akhirnya jam 1.20 baru bas sampai. Itupun hanya dapat parking di kawasan parking bas Aya Sofya. Semua peserta terpaksa menapak dalam 300m dengan barang-barang yang banyak (setelah banyak shopping)

Bergerak meninggalkan Istanbul..
1.40 petang bas mula meninggalkan Istanbul melalui Gulhane ke Sirkeci ke Eminonue menaiki jambatan Galata ke Karakoy terus ke Levent dan mengambil jalan utama Istanbul-Ankara untuk menuju ke Bursa. Kami melintas jambatan Bosphorus yang memisahkan Istanbul Asia dan Eropah. Bas terus bergerak meninggalkan tanah Istanbul yang sudah kami pahat seribu kenangan padanya.

Selat Bosphorus yang memisahkan Asia dan Eropah

Breakfast di Mavi Guesthouse. Bah kata ayahanda Ustaz Zaim.
Sarapan simple tapi best. Ada juga yang komplen asyik sarapan yang sama setiap hari.

Amir, Engku dan Syahidin bergambar kenangan bersama
penjual buah berdekatan Sulaimaniye


Selasa 12 Jun- Istanbul ke Bursa
1.30 petang baru dapat bergerak dari Istanbul ke Bursa. Buang masa setengah hari di Istanbul. Masalah bas nak ke kawasan SultanAhmet telah menyebabkan masa terbuang begitu sahaja. Perjalanan dari Istanbul terus ke pekan kecil Ekihisar dan dari situ kami menaiki feri ke Topcular di sebarang laut marmara.

Sebelum berlepas ke Topcular semua peserta terlebih dahulu lunch di Ekihisar. Rata-rata dari peserta lelaki pekena sandwich kebab (daging) yang disifatkan oleh Muneer antara makanan di Turki yang paling sedap dia pernah makan. Sejam jugak ambil masa di Ekihisar untuk semua selesai makan.

Cadangan awalnya nak beli dan makan atas feri. Tapi memandangkan semua dah lapar, siap sahaja sandwich terus 'bantai' kat situ juga. Kecuali Hadi yang masih setia untuk makan atas feri. Sebab tu bila naik sahaja feri mula-mula memang tak nampak Hadi. Sure time tue dia ada kat port baik punya 'layan' sandwichnya.

Kami bergerak ke Topcular sekitar Jam 4.00 petang. Bas dikenakan bayaran 75 YTL. Dari Topcular kami terus ke Yalova dan tiba di Bursa sekitar jam 7 malam. Kami solat Jamak Takhir di Masjid EmirSultan. Menurut penduduk tempatan, masjid tersebut diberi nama bersempena nama sahabat nabi yang dikenali sebagai Emir Bukhari (tidak pasti kesahihannya). Makam Emir Bukhari terletak di dalam masjid tersebut.

'Tragedi' 12 Jun :)
1. Abu Uday kena saman sebab 'langgar' laluan Tol Automatik. Kena saman 275 YTL..
2. Peserta dapat hotel macam 'ghost house' hehe.

Rabu 13 Jun
Pagi hari di Bursa kami telah menaiki Teleferik Cable Car menuju ke Uludag (Great Mountain). Tiba di Perhentian Teleferik Bursa, pengunjung punyala ramai. Setelah beli tiket dengan nilai 5YTL setiap seorang semua geng xpdc beratur di laluan untuk masuk ke Cable Car. Sejam setengah amik masa untuk kumpulan pertama xpdc (lelaki) naik ke perhentian pertama setinggi 1640m di Kadiyayla.

Setelah semua berkumpul di Kadiyayla masing-masing ada aktiviti tersendiri. Sahabat-sahabat lain ada yang bermain bola, ada yang berlari-lari, ada yang melompat-lompat, ada yang naik kuda, ada yang gi camping makan-makan sekali ngan makcik-makcik Turki, ada yang bersendiri di area hutan pine, macam-macam kerenah ada.

Hampir sejam di Kadiyayla kami bergerak menuju ke Sariyalan iaitu perhentian terakhir kami di puncak Uludag setinggi 19++m. Di Sariyalan semua pakat dok shopping beli souvenir. Lama jugaklah geng xpdc ambil masa kat sini. Setelah selesai membeli souvenir, ramai dari geng xpdc bergambar kenangan dengan latarbelakang pokok-pokok pine yang mengkagumkan.


Pemandangan bandar Bursa dari atas Cable Car
Bursa merupakan bandar kerajaan Turki Uthmaniah telah diasaskan



Kenangan di Kadiyayla, near Uludag, Bursa



3.00 petang. Baru semua dapat berkumpul untuk turun semula ke Bursa. 4.30 petang kami tiba di Yesil Camii (Yesil bermaksud hijau). Masjid hijau dibina dengan kombinasi binaan Seljuq dan Iran. Kehalusan seni mozek dan ukiran di dalam masjid ini amat menakjubkan. Ramai juga pelancong-pelancong bukan Islam datang ke masjid ini untuk melihat kesan tinggalan yang hebat tersebut. Selepas menziarahi Yesil Camii semua peserta berjalan kaki menuju ke Heykel iaitu pusat bandar Bursa. Berdekatan Heykel terdapat kompleks dan masjid Orhan Ghazi, Kozahan (Pasar Sutera), Ulu Camii Bursa dan Grand Bazaar Bursa.

Masjid Orhan Ghazi telah dibina pada tahun 1339. Orhan Ghazi merupakan pemerintah kerajaan Turki Uthamaniah kedua selepas Osman Ghazi. Makam kedua-dua pemerintah awal Uthmaniah ini terletak di sebuah kawasan bernama Tophane di bandar Bursa. Namun kedua-dua makam tidak dapat diziarahi kerana kesuntukan masa.

Ulu Camii Bursa pula merupakan masjid terbesar di Bursa yang dibina pada tahun 1399. Masjid ini dikukuhkan dengan 12 tiang utama dengan bahagian mimbarnya kini sedang dibaiki (pemuliharaan). Dibahagian tengah masjid dihiasi dengan air pancut yang memberikan lagi keindahan dan ketenangan dalam masjid.

Kozahan pula merupakan pasar sutera sejak tahun 1491 lagi. Bangunan Kozahan yang kekal ada sehingga ke hari ini telah dibina oleh Sultan Beyazit II. Ketika perdagangan sutera dari China melalui Silk Road, pedagang akan terus melalui jalan Karavanserai dan berakhir di Bursa. Jadi Bursa merupakan tempat terakhir perhentian perdagangan sutera dari China suatu ketika dahulu.

Jam 8.00 malam bas bergerak untuk menuju ke Adana sejauh 900km.
Malam tue bas melalui jalan lama untuk ke Ankara. Bus melalui Inegol ke Eskisehir ke Polatli dan terus ke Ankara dari Ankara menuju ke Aksaray-Pozanti dan terus ke Adana. Kami semua berhenti solat di Aksaray dan sempat lelap sekejap di masjid.
untuk masuk ke Adana ia terdapat 3 susur keluar iaitu Adana Bati, Adana Kuzey dan Adana Dogu. Adana merupakan bandar keempat terbesar di Turki dan terbahagi kepada Utara, Timur dan Barat. Kuzey bermaksud utara, Bati bermaksud Barat dan Dogu bermaksud Timur. Pagi itu bas mesti keluar ke Adana Kuzey untuk menuju ke Pusat Bandar Adana yang menempatkan kesan sejarah yang kami perlu ziarah pagi hari tersebut.

Di awal perjalanan dari Bursa ke Ankara, penganjur adakan sedikit slot kuiz di dalam bas dengan menyediakan hadiah berupa coklat Ulker untuk 12 orang pemenang. Sememangnya kuiz malam itu dikuasai oleh pelajar perempuan.. Sememangnya mereka ingat kuat fakta atau mereka cukup rajin menulis maklumat-maklumat tempat lawatan dari penerangan yang aku dah buat dan hasil bacaan mereka.

Sehingga soalan fakta seperti Bilakah tahun masjid Orhan Gazi dibina. Boleh jawab dengan tepat (1339).

Peserta lelaki pun tak kurang hebatnya. Terutamanya soalan-soalan yang bertanyakan tentang bahasa turki. Apapun tahniah untuk semua. Bila dapat jawab soalan-soalan kuiz tue tanda korang semua nak pengetahuan dan ilmu dalam rehlah. Bila ditanya, boleh dan mudah menjawab. Mabruk!

Khamis 14 Jun
Pagi yang meletihkan (tambah dengan cuaca panas). Kami menghabiskan separuh hari di Adana. Tempat yang telah diziarahi ialah Roman Stone Bridge, Ulu Camii Adana yang telah dibina oleh RamazanOglu, Madrasah RamazanOglu, Yag Camii dan Great Clock Adana.

Mimbar di Ulu Camii Adana. Menggabungjalinkan senibina
Mamluke dan Turkish-Ottoman

Ulu Camii Adana
Menggabungjalinkan senibina Mamluke, Seljuq dan Uthamaniah. Mula dibina oleh RamazanOglu Halil Bey pada 1513 dan siap dibina ketika zaman Pili Mehmet Pasa. Masjid ini merupakan binaan bangunan tertua di Adana.

Ketika gempa bumi pada 27 Jun 1998, masjid ini telah mengalami kerosakkan dan telah dibaiki semula. Di dalam masjid ini terdapat beberapa makam Sultan/Gabenor Adana yang ditempatkan di dalam bilik bawah tanah. Mereka ialah RamazanOglu, HalilBey, Pili Mehmet Pasa dan MustafaBey

Roman Stone Bridge
Titi batu yang merentasi Sungai Seyhan ini telah dibina oleh Hadrian (76-138M) dan dibaiki oleh Maharaja Justinian ketika era Byzantium.

Madrasah RamazanOglu
Terletak bersebelahan Ulu Camii. Ia juga merupakan kompleks Ulu Camii. Menempatkan bilik-bilik darjah untuk pengajian Islam dan terdapat tempat mengambil wuduk berhadapan pintu masuk madrasah.

Great Clock Adana
Dibina pada tahun 1881.

Yag Camii
Dibina pada tahun 1501.

Setelah selesai ziarah di Adana, kami sarapan Tavuk Doner di restoren berhampiran Yag Camii yang disifatkan oleh peserta xpdc syabab antara sarapan yang paling sedap.. (ntah betoi ke muja). Setelah selesai makan, semua bergerak menuju ke bas yang jaraknya 1km dari restoran tempat kami sarapan.

Kami tiba di Antakya lewat petang tersebut disebabkan hal kat bawah nih...
1. Bas tukar minyak hitam di Adana.
2. Abu Uday terlajak nak pegi ke Gaziantep. Terlepas susur keluar highway nak ke Antakya. Dia terlajak ke Osmanli sehingga nak sampai di Nur Dagi. Hampir 120km juga. Yang 'menariknya' highway ada U-turn. (Bagusla..kalau tak jenuh nak sampai susur keluar lain dan patah balik semula). Disebabkan dia terlajak, dia kerugian disel hampir 80 YTL.

6.00 petang tiba di Antakya dan terus check-in hotel (Hotel Saray) yang terletak betul-betul di tengah pusat bandar Antakya. Bersebelahan Ulu Camii. Petang itu aktiviti bebas. Ada peserta sudah berjalan-jalan di pekan Antakya petang itu dan ada sebahagian peserta syabab menuju ke Harbiye untuk mandi air terjun. Perjalanan Antakya ke Harbiye menaiki Dolmus (van awam) memakan masa setengah jam juga (hanya peserta yang pergi tahu kisah seterusnya, orang lain tak boleh tahu..hehe).

Malam tue semua peserta dinner Lahmacun. (Roti dengan daging dikisar) Kemudian di panaskan di dalam oven). Sebelum tue ramai dah yang pekena nasi kat bandar Antakya.

Jumaat 15 Jun
Pagi di Antakya kami ziarahi Makam Habibinajjar (kisah Ashabul Qaryah di dalam Surah Yassin mulai ayat 13 hingga 28). Ringkas kisah di dalam ayat tersebut bagaimana dikisahkan di dalam Al-Quran bahawa 2 orang rasul diutuskan ke sebuah kampung lalu mereka mendustakannya. Kemudian dikuatkan (2 rasul tersebut) dengan rasul ketiga dan mereka tetap mendustakannya.

Mereka mengatakan bahawa rasul-rasul yang dihantar juga adalah sama seperti mereka dan mengatakan bahawa rasul yang diutus hanyalah berdusta. Ketikamana rasul-rasul itu diancam, datanglah seorang lelaki dari hujung bandar dengan berlari dan memberi nasihat kepada kaumnya agar mengikuti ajaran rasul yang telah diutuskan.

Mereka tetap tidak mahu menerima ajaran rasul-rasul tersebut. Lalu Allah telah menghapuskan mereka sepertimana Firmannya di dalam ayat 28 yang bermaksud:

" (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dashyat), maka dengan serta merta mereka semuanya senyap sepi- tidak hidup lagi".

Kami juga menziarahi Makam Nabi Yahya dan Nabi Yunus a.s di masjid yang sama. Setelah itu kami melawat Ulu Camii Antakya dan mengakhiri lawatan di Antakya pagi itu sekaligus menamatkan lawatan untuk xpdc Turkey pada kali ini.

11.00 pagi
Bas bergerak menuju ke Cilvegozu. Urusan Cop keluar negara Turki amat mudah. Cuma peserta terpaksa makan asap lori disebabkan pusat imigresen Cilvegozu masih dalam pembinaan dan pejabat sementara ialah sebuah kaunter yang terletak di tengah-tengah jalan keluar masuk.

Apapun urusan tetap cepat dan lancar di Imigresen Turki. Masalahnya masih pada bas..xtahulah apa problemnya lagi yang menyebabkan tersangkut di pintu keluar Turki untuk masuk ke Bab Al-Hawa (Border Syria) hampir 1 jam setengah.

Sebelum itu kami solat Jumaat di Masjid Cilvegozu yang dibina pada tahun 1980. (Terpaksa solat disitu kerana tunggu pejabat untuk urusan cop keluar bas tutup. Buka selepas solat Jumaat. Tapi yang peliknya, pejabat tu tutup 2 jam sebelum azan zohor tengahari tue. Urusan di sempadan Syria agak lancar dan kami selamat masuk ke Syria jam 4.00 petang.

Ke Halab

Kami sampai di Halab jam 5.30 petang, Perjanjian hanya 1 jam 30 minit di Halab. Hari tue Jumaat, tempat-tempat shopping semua tutup. So, semua peserta ke Bab Faraj untuk makan sahaja. Apapun semua Allah dah aturkan

Kami selamat sampai Dimasyq jam 12.00 malam. Bas terus bergerak menuju Naseeb di sempadan Syria-Jordan. Abu Udai berhenti rehat di Kiswah untuk isi minyak dan membeli makanan ringan. 1.30 pagi Tiba di Border Syria. Urusan amat pantas di Syria. Begitu juga di Jordan. 3.00 pagi semua urusan selesai. Peserta solat Jamak Takhir di Masjid Imigresen Jaaber..

Sabtu 16 Jun
4.30 pagi : Tiba di Amman
5.30 pagi : Tiba di Irbid

Alhamdulillah..akhirnya xpdc Turkey berjalan dengan baik.

*memandangkan aku salah seorang peserta xpdc ni...so mostly post ni diadaptasi daripada penghunisahara.blogspot…jangan marah ye abg g-men…credit to penghunisahara.blogspot..heh
Labels: 1 comments | | edit post