Umrah Summer '09

Pada cuti semester kedua baru ni PERMAI telah menganjurkan Trip Umrah n Ziarah ke Madinah n Makkah…seramai lebih kurang 45 orang telah mengikuti trip ini…mostly junior2 1st year, 10 org 2nd year, 4org 4th year termasuk aku, amir hamzah n isteri, dan abg kepada imran yg baru sahaja selesai posting di Lubnan under UIA…seperti yang dijadualkan sepatutnya kami akan bertolak ke Saudi pada 17june tetapi disebabkan oleh JUST telah menunda tarikh akhir final exam ke 18june ianya terpaksa di tangguh sehari…selesai sahaja solat asar (18june) semua peserta diminta berkumpul di depan supermarket Simsima…bas telah berada di sana seawal jam 4.15ptg….kami bertolak tepat jam 5ptg….perjalanan memakan masa lebih kurang 18 jam utk sampai ke Madinah…kami selamat sampai di border Jordan-Saudi tengah malam….biasanya urusan di border ni akan memakan masa yg sangat lama seperti yang di khabarkan oleh rakan-rakan yang pernah ke sana sebelum ini…tapi kali ini hanya bas yang kami naiki sahaja yang ada disana…tiada satu pun bas2 yg membawa rombongan lain kelihatan…urusan di border kali ini sekejap sahaja… Kami sempat singgah Masjid Qiblatain sebelum sampai ke madinah..

Di madinah kami menginap di hotel Markaz Sofa, agak jauh dari Masjid Nabawi….tapi yang bestnya kat depan hotel ni ada restoran indon….so kami selalu la lepak kat situ untuk lunch @ dinner….speciality dia 'Es Soda Gembira' (susu pekat manis+syrup+ais krim soda+ais )…ala2 macam air bandung pun ade…. Fuh memang best la….setiap pagi biasanya aku n mando breakfast di restoran Pakistan… roti canai ada…roti nan ada…pendek kata macam2 jenis roti la ada…

Cuaca di Madinah n Mekah memang sangat panas….lebih2 lagi waktu tengahari....sehingga mencecah 40-50 celcius

Antara tempat yang di lawat di madinah selain Masjid Nabawi ialah Perkuburan Baqi', Bukit Uhud,Kilang Percetakan Quran dan Pasar Kurma….sesiapa sahaja yang berada dalam Masjid Nabawi sudah tentu akan menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W selain berusaha untuk berada di dalam Raudhah yang keluasannya sangat lah terhad…boleh dikatakan Raudhah ni setiap masa penuh… hanya yang bertuah sahaja berpeluang memasuki nya…oh, sungguh tenang n damai rasanya beri’tikaf dalam Masjid Nabawi !

22 June-Isnin ,2pm kami bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah …bas berhenti di Abar Ali untuk membolehkan kami bermihram serta solat sunat 2 rakaat….kami berniat ihram di dalam basdan kemudiannya bertalbiah sepanjang perjalanan ke mekah.....perjalanan ke Mekah memakan masa 6jam….

Alhamdulillah kami selamat sampai di Mekah dalam pukul 10 malam gitu….jalan-jalan di Mekah sungguh sesak ….di Mekah kami menginap di Hotel (lupa da nama dia)…..berada agak jauh dari Masjid al-Haram tapi kami bernasib baik kerana hotel tersebut menyediakan perkhidmatan ‘shutter bus’…senang la sket nak ulang-alik dari hotel ke Masjid al-Haram…

Dalam pukul 1pagi kami bergerak ke Masjid al-Haram untuk mengerjakan umrah….Alhamdulillah orang tak la terlalu ramai ketika kami ingin melakukan tawaf….selepas selesai tawaf kami terus bersa’ei dari bukit Safa ke bukit Marwa sebnyak 7kali… kemudian bertahallul…bagi yang ingin bercukur boleh lah bercukur di kedai2 gunting berhampiran dengan Masjid al-Haram….kebiasannya harga untuk bercukur 10 Riyal satu kepala….dan akhirnya selesailah umrah….

Bagi sesiapa yang ingin melalukan umrah kali kedua,ketiga dan seterusnya boleh la ke Masjid Aishah di Tan’im utk berihram…ia merupakan miqat terdekat untuk berihram dan hanya beberapa km sahaja dari Masjid al-Haram….

Kami berada di Mekah sehingga Sabtu -27 June-….tepat jam 3 petang kami bertolak pulang….alhamdulillah Ahad petang kami selamat sampai Irbid…betul2 lepas azan maghrib…


depan pintu utama Masjid Nabawi


dalam Masjid Nabawi

sekitar Masjid Nabawi


Perkuburan Baqi'

Pasar kurma

Entrance Kilang Percetakan Quran


Bukit Uhud

sedikit taklimat mengenai Bukit Uhud



sekitar Bukit Uhud

berihram di Abar Ali

Masjid al-Haram (nite view)

Ka'bah

depan King Fahd Door with Saleh (our colleague)




0 Responses